Tuesday, March 23, 2010

Perkembangan ICT & Multimedia di Kelantan

Perkembangan bidang ICT dan multimedia di Kelantan akan bertambah pesat apabila Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dikhabarkan melalui laman Facebook rasminya, telah menghadiri majlis penyerahan sijil status MSC Malaysia Incubator kepada ICT Incubator Centre Sdn Bhd yang berlangsung di Kelantan Trade Centre hari ini.

Antara perkembangan lain yang menarik perhatian ialah dengan wujudnya lebih daripada 20 lokasi Streamyx Zone di sekitar Kota Bharu. Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak TM ini benar-benar memberi manfaat kepada pengguna untuk melayari internet dengan mudah.

Semoga perkara sebegini akan menggalakkan lagi orang ramai untuk berkunjung ke Kelantan.

"Selamat datang ke Kota Bharu!" oleh http://www.sriendang.com/


No comments:

Post a Comment