Sunday, March 14, 2010

Panduan ke Kota Bharu

Terdapat dua kaedah untuk anda berkunjung ke Kota Bharu iaitu melalui darat dan udara. Antara pengangkutan awam yang menyediakan perkhidmatan ialah seperti berikut:

Perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional, Darul Naim, Mutiara, Triton dan sebagainya. Ataupun anda juga boleh menggunakan perkhidmatan kereta api yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB).

Antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu ialah Malaysia Airlines System (MAS), AirAsia dan FireFly.

No comments:

Post a Comment